Day-Date

Realisasi sebuah idaman

Hari baharu telah tiba

Jika masa mengubah segalanya, minit ini mengubah perkara-perkara seperti tiada yang lainnya. Apabila tengah malam melanda, Oyster Perpetual Day-Date membentuk sebuah jambatan antara masa lalu dan masa depan, antara apa yang telah dicapai dan apa yang kekal dihayati. Sejak tahun 1956, ia telah menjadi saksi kepada detik-detik terhebat dalam sejarah di pergelangan tangan para pemimpin bervisi, seniman yang luar biasa hebatnya dan perintis. Mereka yang menjadikan setiap hari sebuah harapan untuk masa depan.

“TARIKH DAN HARI ADALAH PENTING.”

HANS WILSDORF

Day-Date pada asalnya direka bentuk untuk menjadi alatan berharga untuk kegunaan harian. Lantaran kehandalan pembuatan jam tangan yang tiada bandingannya pada masa itu, ia menawarkan penyelesaian kepada mereka yang memerlukan penguasaan lengkap kalendar peribadi mereka: Day-Date ialah jam tangan kronometer kalis air automatik pertama yang memaparkan tarikh dan hari dalam seminggu dieja penuh pada dua tetingkap berasingan. Kedua-duanya berubah secara serentak pada tengah malam. Pertukaran revolusioner ini terus mempesona, hampir tujuh dekad kemudian.

Jarum jam tangan Day-Date

SEJAK PENCIPTAANNYA, DAY-DATE TELAH MEWAKILI KESEIMBANGAN ANTARA KEANGGUNAN DAN KECEMERLANGAN TEKNIKAL

Dapat dikenali serta-merta, reka bentuknya yang unik telah menempa identitinya. Pada pelancarannya, Day-Date ialah satu-satunya jam tangan dengan sebuah tetingkap separuh bulat pada jam 12 yang memaparkan hari dalam seminggu yang dieja penuh. Dengan rantai President yang direka khas tersedia hanya dalam logam berharga – emas atau platinum – ia merupakan jam tangan standard kecemerlangan yang berprestij.

Keanggunan dan teknikal Day-Date

Galeri

UNIK DAN UNIVERSAL,
DAY-DATE BERBICARA DALAM BAHASA PEMAKAINYA

Walaupun hari mungkin sama di mana sahaja anda berada di dunia, ia ditulis secara berbeza bergantung pada bahasa. Menggunakan semua sistem tulisan – ideogram Latin, Arab, Cyril, Ibrani, Jepun, Cina dan juga abugida Ge'ez yang digunakan di Tanduk Afrika – Day-Date menyatakan identiti budaya pemakainya. Ia merupakan seutas jam tangan yang benar-benar antarabangsa, universal dan peribadi.

DAY-DATE IALAH JAM TANGAN DUNIA YANG GLOBAL, BERBILANG BUDAYA DAN SENTIASA BERUBAH

Pelbagai budaya jam tangan Day-Date

SEKUTU YANG BERHARGA

Terkenal sebagai “jam tangan presiden” masa lalu dan pemimpin masa depan, Day-Date menghiasi pergelangan tangan para lelaki dan wanita luar biasa yang membaktikan hidup mereka untuk mencapai cita-cita mereka. Puluhan tahun berlalu, tetapi Day-Date kekal di mana ia sentiasa berada – di tahap termaju kemodenan.

Kongsi halaman ini