Kejohanan Evian
Amundi

Dunia Rolex

Di Kejohanan Evian Amundi, bakat ulung dari seluruh dunia menguji kemampuan mereka di salah satu padang golf yang paling mencabar dan menakjubkan, sambil menyemarakkan lagi tradisi permainan ini yang amat dihormati.

Sebagai satu daripada lima Major wanita, kejohanan ini melahirkan barisan juara yang lalu termasuklah Rolex Testimoni Annika Sörenstam (2000, 2002), rakan senegara beliau dari Sweden, Anna Nordqvist (2017) dan Lydia Ko (2015) dari New Zealand.

Lydia Ko

Lydia Ko telah menempa detik istimewa dalam sejarah golf. Pada awal 2015, pemain New Zealand kelahiran Korea berusia 17 tahun ini menyandang gelaran Nombor 1 Dunia paling muda – bagi kedua-dua kategori golf lelaki dan wanita. Beberapa bulan kemudian, beliau menjadi wanita termuda yang memenangi Major dengan kejayaannya di Kejohanan Evian Amundi ketika berusia 18 tahun, 4 bulan dan 20 hari. Beliau menambah satu lagi Major, Inspirasi ANA, pada tahun berikutnya dan meraih Anugerah Major ANNIKA Rolex yang berprestij.

Kejohanan Evian Lydia Ko

Anna Nordqvist

Anna Nordqvist merupakan salah seorang pemain golf paling konsisten selama lebih daripada satu dekad. Pada tahun 2017, beliau menjuarai Kejohanan Evian Amundi setelah menang dalam babak penentu yang dipertandingkan dalam cuaca hujan dan berangin. Gaya kemenangan pemain Sweden itu menyerlahkan kemahiran dan kualiti permainannya. Ini ialah Major kedua beliau setelah merangkul gelaran Kejohanan LPGA yang dimenanginya pada tahun 2009 semasa tahun awal kemunculannya.

Anna Nordqvist

Brooke Henderson

Brooke Henderson ialah model prestasi tinggi dan konsistensi. Sejak bergelar profesional pada 2015, beliau telah memenangi sekurang-kurangnya satu gelaran dalam setiap musim kecuali satu musim. Kejayaan sebagai pemain berusia 18 tahun di Kejohanan PGA Wanita KPMG 2016 menjadikannya pemenang termuda Major dan kedua termuda yang memenangi satu daripada lima kejohanan teratas wanita. Lantaran semua kejayaannya, beliau telah menjadi pemain golf Kanada paling berjaya setakat ini.

Brooke Henderson

Datejust 31

Rolex Datejust ialah jam tangan kronometer kalis air berputar secara automatik yang pertama yang memaparkan tarikh dalam tetingkap di kedudukan pukul 3 pada permukaan dail. Ketepatan, prestasi dan keanggunan abadi Datejust 31 bagaikan mengingatkan kembali lapangan Kelab Golf Evian Resort di Perancis yang indah namun mencabar di mana Kejohanan Evian Amundi diadakan.

Kejohanan Evian Datejust 31

Kongsi halaman ini